Pada 1 Ogos 2026, Johor Bahru Integrated (JBI) telah dijemput menghadiri Majlis Konvokesyen ke-10 University of Reading Malaysia.
Majlis ini turut diserikan dengan penganugerahan Doktor Kehormat dalam bidang Psikologi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Malaysia, sebagai pengiktirafan atas sumbangan cemerlang serta komitmen berterusan Tuanku terhadap pendidikan dan masyarakat.
Dalam majlis tersebut, YBhg. Tuan Muhammad Danial Ariff Bin Burhanudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, berbesar hati mewakili syarikat dalam meraikan pencapaian penting dalam perjalanan kecemerlangan akademik universiti tersebut.
Encik Amirul Hassan Bin Nor Ahmad, Ketua Kewangan JBI, berbesar hati mewakili JBI dalam menyampaikan Anugerah ‘Outstanding Undergraduate Achievement’ kepada Tan Yi Xin, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur Bahan (Kepujian) dari University of Reading Malaysia, atas pencapaian cemerlang menyeluruh sepanjang perjalanan akademiknya.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan JBI dalam menyokong pendidikan, meraikan kecemerlangan akademik serta memperkasakan generasi pemimpin masa depan untuk menyumbang ke arah masa hadapan yang lebih cerah.
Allah Peliharakan Sultan 💙❤️