Perkhidmatan Marin & Maritim

JBI memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan Johor sebagai pintu masuk maritim utama melalui penyelesaian bersepadu bagi infrastruktur maritim dan pesisir negeri.

Operasi Terminal Maritim & Feri

Pembangunan, operasi dan kerjasama strategik terminal feri di Johor yang diselaras oleh JBI Terminal bagi meningkatkan pengalaman penumpang dan kecekapan operasi.

Menerusi hubungan serantau ke Singapura, Batam dan laluan utama ASEAN, JBI bantu memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab penumpang maritim bertaraf tinggi yang disokong sistem penumpang moden, piawaian operasi yang lebih lancar dan rangka keselamatan yang kukuh merentasi jaringan perniagaan dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Perdagangan Barter & Logistik Pesisir

Berpangkalan di Minyak Beku, Batu Pahat, JBI menyokong pembangunan ekonomi pesisir Johor melalui ekosistem perdagangan yang berstruktur dan mematuhi peraturan. Ini termasuk pembangunan terminal perdagangan barter, pemudahcaraan pergerakan kargo pesisir antara Malaysia dan Indonesia, serta penyelarasan dengan sektor utama seperti perikanan, rantaian bekalan makanan dan komoditi perindustrian.

Melalui kerjasama rapat dengan pihak berkuasa negeri dan persekutuan, JBI memastikan operasi dilaksanakan dengan cekap, telus dan mematuhi keperluan kawal selia. Inisiatif ini mengukuhkan koridor perdagangan maritim sedia ada serta meningkatkan peranan Johor dalam logistik pesisir serantau dan perdagangan rentas sempadan.

Operasi Maritim

JBI memperluas penglibatan strategik dalam aktiviti maritim bernilai tinggi di perairan Johor, merangkumi tambakan laut dan pengorekan, bunkering petroleum dan kimia khusus, operasi pemindahan LNG dan LPG, serta perkhidmatan labuh luar pesisir. Menerusi inisiatif ini, JBI berhasrat mempertingkatkan keupayaan maritim sambil mengukuhkan asas pertumbuhan mampan dan ketersambungan dalam zon maritim yang ditetapkan.

Operasi ini disokong oleh rangka kerja yang teguh bagi memastikan keselamatan, kebolehpercayaan dan kemampanan di setiap peringkat pelaksanaan. Dengan sokongan ekosistem maritim bersepadu, keupayaan logistik, kapal bekalan dan tenaga kerja mahir, JBI menggerakkan pertumbuhan industri maritim Johor secara strategik serta memacu pembangunan ekonomi jangka panjang.