Tonggak Pemudahcaraan Pelaburan Strategik JBI berperanan menyokong pelaburan domestik dan asing berimpak tinggi dalam sektor ekonomi utama Johor.
Melalui khidmat nasihat strategik dan penglibatan berstruktur, JBI membantu pelabur mengenal pasti peluang yang sejajar dengan hala tuju ekonomi dan keutamaan pembangunan Johor. Ini termasuk penentuan cadangan pelaburan, padanan peluang dan pemudahcaraan kerjasama dalam industri keutamaan.
Bekerjasama rapat dengan agensi negeri dan badan kawal selia, JBI membantu memastikan proses pelaburan berjalan lebih teratur dan cekap. Pendekatan ini menghubungkan pihak kerajaan, industri dan kewangan, sekali gus mengurangkan kerumitan proses serta mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap persekitaran perniagaan Johor.
JBI turut menyokong inisiatif utama negeri seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ) dan program ekonomi strategik lain. Melalui penyediaan cadangan, sokongan penyerahan MMK dan penyelarasan kawal selia, JBI memastikan cadangan pelaburan selari dengan rangka kerja tadbir urus serta dilaksanakan secara telus dan teratur.